Kes nih bley kata hot-hot gorpis la (kalo translate melayu profesional org kata panas-panas pisang goreng ka goreng pisang?).
Anyway...aku memang gelabah tahap gaban (oh...aku memamg jenis mudah gelabah...tapi nih gelabah tahap maksimum lagi!!).
And tok pengetahuan korg suma...tangan aku ketaq tak abes lagi!!Siyes!!!
Ketaq lutut abes arr.Sampeikan jantung aku pam 200 km/h aku rasa.(Okey..nih hiperbola yang terlampau...tapi memang dup dap lebih dari had besa la).
Nak jadikan cerita, semalam aku masak ayaq panas la (Nih habit aku la.Aku suka bancuh ayaq malam-malam sebelum tido).
Then nak sedapkan cerita lagi...BOLEH AKU LUPA NAK TUTUP GAS!!!(Bahaya siot!!Korg jangan tiru cam aku!Tapi siyes!! Aku lupa!!!). So abes la tong gas umah kak aku. Tapi agak mujoq tak jadi apa-apa. (Aku ngaku aku memang clumsy...tapi nih memang tahap mafia la punya clumsy.Hu3).
Jadi...dari alkesah semalam...terbitlah kesah ari nih yang hampir meng'ICU'kan aku.
Why? Ya la. Gas abes. So macam mana aku nak masak? Makan apatah lagi.
Jadi kak aku pon menitahkan aku g makan kat luaq. Along suruh la aku gigih berjalan ke kedai yang berdekatan . Al-maklum la...ari nih kan ari kerja.
So aku ja la yang terdampar di umah ini with internet and eletricity and piles of house chores to do la.
Tapi pokok persoalannya, MANA ADA KEDAI YANG DEKAT!!SUMA JAUH!! Hmmm.
Kalo nak di ikutkan...kalo jalan kaki...ada gak la dalam 10-15 minit...kalo jalan laju-laju la.
Kalo bajet nak jalan ala-ala cerita BOLLYWOOD..pusing pokok sana...menari-nari...joget-joget...maen ummm cak!!umm cak!!...aku rasa dekat sejam la gak kot tanpa NG .Hmmm.
So after depa suma off to work (along ang abg ipaq aku) and school (ajiq) and nursery (mija and akief la)..so tinggal la aku sorg-sorg ngan perut mula mendendangkan lagu k-pop yang berkenaan. (Aku rasa ring ding dong kot. Sob3.Lapo weh!!).
Tapi...ya...ada tapi ya kengkawan...Tapi...abang ipaq aku tinggalkan kereta waja dan kunci kereta di umah!!!(YES!!!BINGGO!!!).
Lalu...idea bijak lagi bernas pon mula la terbit bagaikan mentari terbit di negara jepun!!
Oh yes!!
Hence, dengan keberanian yang menggunung...bersama selawat dan istifar yang boleh tahan banyak kali gak, daku berjalan menuju ke arah kereta itu.
Enjin kereta di'start' kan...gear reverse pon daku masuk sambei kaki tekan clash ...tangan pon release hand break...tekan minyak sikit...then..off to go!!
AND IT IS MIRACLE!!!
MIRACLE I SAY!!!
Kereta bergerak weh!!
Tahu tak betapa bahagianya daku waktu tu.
Gelaban mesti la ada.Cuak berbakul-bakul la.
Tapi..kereta bergerak!!!HAHAHAHAHAHA!!!
Korang tak tahu dah bopa lama aku tinggai bawak kereta.
After aku dapat lesen P...terus aku wut pekasam. Parents tak bagi bawak.
Then bila dah penuh...pon tak bagi bawak lagi.
Tapi bila mem besaq bebel kat babah, babah pon beli la keta auto kat aku. Viva.
Tapi tu pon babah tak bagi bawak.
And aku rasa...even plat kereta empat number handphone aku yang belakang ...babah macam suka ja BABY aku tu. (Aku penggei Viva tu BABY. He3)
Ya la. Kaki tak sakit sangat. Hmmm.
Tu la..org dah lama suruh beli keta auto..tak nak dengaq. Pak Ya.. oh Pak Ya.
Bila dah da kereta auto sebijik...mula la berebut kunci ngan mak. Suma pakat-pakat nak bawak. Then along pon join sekaki nak rebut keta viva tu.
Abes?
Kereta itu yang dikatakan kepunyaan aku pon aku tak bawak sangat.
Nih apa cerita nih? Habaq mai sat? Haish.
Okey.
Berbalik pada cerita aku tadi...aku pon bawak la kereta waja tu pergi kedai yang berdekatan.
Tapi aku rasa, better aku gi kedai runcit. Beli roti. Boleh tahan sampei petang dari nasik sekali makan sekali habis.
Apa? kalo lapo, drive la lagi?
HANGGUK KOME!!! Takat drive sekali pon nak tercabut jantung aku, nih pulak berkali-kali!!! MAU AKU ENAM KAKI BAWAH TANAH KANG!!.
Oleh itu, daku pon membuat keputusan untuk gi ja kedai runcit, beli roti, then blah.
Tapi jalan nak gi sana, husih.. Tak la payah sangat, tapi susah la for org yang beginner macam aku.
Dah la berbukit. Ada traffic light. Ada bumper setiap 700 meter. Kawasan perumahan. So of course la banyak kereta!!!
Namun, aku gagahi jugak. Lapo weh. Hence aku bawak la walaupun agak cam siput sedut nak mati tengah jalan. Kereta belakang maki aku bolayan jer. Muka selamber, tapi hati ALLAH saja yang tau.
Then sampei kat traffic, nak jadi cerita, dok elok-elok kaler ijau, terus merah! ( Sangatla mencabar kehandalan aku drive yer.)
Jadi, harusla aku berhenti. Aku dok break la kan. Tapi aku rasa tak la lama tara mana, lampu pon hijau. Aku pon kalut la nak paut kereta. Sekali enjin mati la pulek!!!Aiseh!!
Dah la kereta belakang dok hon aku!! Dengan pantas aku pon start balik enjin kereta, trus paut dan pecut!! HAHAHAHA!!Aku memang suka wut menda yang mencabar gini. HAHAHAHA.
Akhirnya, sampei la kat destinasi yang ingin ku tuju. Kedai Runcit.
Jauh betul perjalanan semata-mata nak beli roti gardiner tu. Haish. Tapi...ya..ada tapi lagi..KEDAI TAK BUKA LAGI LA PULAK!! Tau tak sikit punya susah aku nak gi kedai korg!! Mencabar!! Korg tau tak!!!
So aku pon tunggu la dalam kereta and bila agak-agak kedai buka, aku pon serbu la.
Aku pon ambek la Roti Gardiner Coklat Tiga.
Then brother yang dok citu pon kata, "Cik, kedai buka pukul sepuloh." OMG!!!
Hampir luruh jantung aku!!!Kenapa pukul sepuluh!! Kenapa bukan sekarang!!
Kenapa?!!WHY?!!DOUSHITE?!!WAE?!!Hu3.
Dengan langkah longlai, daku pon drive la blek umah. Lambat lagi nak buka. Aku merajuk dengan kedai itu!! Sob3.
Daku pon drive dengan perut yang ntah tune lagu apa tah. Tapi drive balek pon da story gak! Boleh pulak kereta aku mati kat traffic lagi! Sungguh!!! Kenapa harus ada lampu insyarat itu!!! Arghhh!!
Dah la mati kat situ. Kawasan berbukit lak tu!! Korang bayangkan kereta go stand ke belakang!! Argh!!
Lalu dengan pantas, aku angkat hand break, start enjin balik, masuk gear then pecut!!! Dalam dok pecut, boleh pulak aku lupa nak free hand braek . Haish! Mampoih kalo Pak Ya tau. Haish!
Then aku pon smpei la kat umah, dengan perut yang kosong dan pengalaman membawa kereta yang dasyat. Haish.
Tu la al-kesah ari nih.Sekian.
P/s: Alamat minum ayaq kosong la aku ri nih..hu3. Tobat aku tak nak bawak dah.Hu3 Tobat ri nih ja la. Esok lupa..tengok la lagu na. Hu3.
adoi..kesiannya dgr..hehehe
ReplyDeletekata belajar masak, awt x masak sendiri ja? -_-"
ps: dah jumpa! :p
hahaha...camna jumpa?hahaha..aku mana bley masak..gas xda lo..eh3
ReplyDeletecayalah aki!!!!! hahahahahhaa
ReplyDelete